Searching...
Saturday 2 June 2012
09:31 0

‘Pelik murah sangat’


TAIPING: Sindiket curi kenderaan ditumpaskan polis Sabtu lalu di Simpang Empat, di sini, dikesan memperoleh puluhan ribu ringgit sebulan hasil kegiatan melapah dan menjual semula komponen lori curi kepada orang ramai.

Sindiket didalangi tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki Bangladesh itu dikesan memisahkan komponen lori dicuri sebelum dijual dengan harga murah seolah-olah alat ganti terpakai.

Setakat ini, polis mengenal pasti identiti lima lori dilaporkan dicuri sebelum ini berdasarkan nombor casis ditemui di bengkel rahsia sindiket itu yang diserbu, Sabtu lalu.

Seorang pekerja kilang dikenali sebagai Ahmad, 30-an, berkata, dia tidak menyangka pemilik bengkel itu dalang sindiket curi kenderaan berikutan premis berkenaan sering dikunjungi orang ramai yang mahu membeli alat ganti terpakai pada harga murah.

Menurutnya, dia sering ke bengkel itu membeli alat ganti lori syarikatnya kerap rosak dan perlu diperbaiki segera.

“Hati saya pernah terdetik perasaan pelik apabila alat ganti dijual di bengkel itu separuh daripada harga pasaran. Namun, ramai sanggup datang dari jauh termasuk Kedah dan Pulau Pinang untuk membeli alat ganti di bengkel itu. “Baru sekarang saya tahu bengkel itu menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang,” katanya.






Difahamkan, hasil pemeriksaan dilakukan mengenal pasti lima lori pernah dilaporkan dicuri di di Rawang, Jinjang, Ampang dan Sungai Buluh, Selangor.


Sumber polis berkata, empat enjin lori disiasat itu didapati sengaja dipadamkan nombor casis pada enjin bagi menyukarkan polis mengenal pasti identiti asal lori berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...