Searching...
Sunday 17 June 2012
07:03 0

Malaysia terus berhutang kerana UMNO/BN tak bertanggungjawab kata Guan Eng




Lim Guan Eng menyalahkan Barisan Nasional (BN) hari ini kerana menyebabkan Malaysia terus berhutang apabila Putrajaya menambah perbelanjaan RM13.8 billion akan meningkatkan bajet defisit untuk 2012.

Menjelaskan tindakan itu sebagai perbelanjaan fiskal tidak bertanggungjawab, Ketua Menteri Pulau Pinang perbelanjaan lebihan itu hanya akan meletakkan bajet defisit Malaysia kepada RM59.7 billion, kadar tertinggi yang pernah dialami Malaysia.

“Ini akan meletakkan defisit Malaysia seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan lebih 6 peratus pada 2012, yang mana lebih tinggi daripada 4.7 peratus, lebih-lebih lagi dengan kelembapan ekonomi dunia yang turut dirasai Malaysia,” katanya.

Setiausaha Agung DAP turut memberi amaran perbelanjaan tambahan itu akan menyaksikan hutang kerajaan meningkat mendadak melebihi RM500 billion hingga hujung tahun. Suku pertama tahun ini, hutang kerajaan di paras RM470 billion.

Ini, katanya, adalah sebelum “liabiliti luar jangka”, yang beliau sifatkan sebagai pinjaman untuk diselesaikan oleh pembayar cukai jika syarikat seperti Malaysia Airlines (MAS) untuk diselamatkan oleh kerajaan.

“Anggaran liabiliti luar jangka ini pada akhir 2012 kira-kira RM110 bilion.

“Jika liabiliti luar jangka  ditambah kepada hutang pegawai kerajaan, hutang kami mengikut  nisbah KDNK akan menjadi 65 peratus pada penghujung kempen of 2012, yang merupakan lebih 55 peratus daripada had berkanun merujuk kepada nisbah KDNK,” katanya.

Khamis lalu, Putrajaya membentangkan satu rang undang-undang tambahan meminta RM13.8 bilion untuk  dibelanjakan tahun ini, yang mencetuskan kebimbangan kepada pentadbiran Najib yang mungkin tidak akan dapat mengawal defisit dan had tertinggi hutang berkanun.

Akta yang dientangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, memperuntukkan RM360 juta untuk Suruhanjaya Pilihan Raya, RM113 juta kepada Jabatan Perdana Menteri, RM446 juta kepada Kementerian Kerja Raya, dan RM11.2 billion untuk “perbendaharaan perkhidmatan awam” memandangkan pilihan raya yang semakin hampir.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan ahli Parlimen BN akan menerima RM1.5 juta setiap seorang untuk diperuntukkan kepada kawasan mereka bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka dilaksanakan selepas Belanjawan 2013 pada 28 September.

Perdana menteri turut mengakui baru-baru ini kerajaan mempertimbangkan untuk mengulangi pemberian BR1M bernilai RM500 kepada komuniti berpendapatan rendah yang menelan belanja RM2.6 billion.

Lim berkata, permintaan bagi dana lebih kepada ahli Parlimen BN, dan tidak kepada Pakatan Rakyat.

Beliau menjelaskan RM30 juta daripada RM112 juta yang diperuntukkan kepada Jabatan Perdana Menteri adalah untuk “Unit Penjenamaan Nasional”, yang mana menurutnya adalah bukan keperluan.

“Kita tertanya-tanya kenapa rakyat Malaysia memerlukan unit penjenamaan apabila sudah ada kementerian seperti Menteri Pelancongan dan agensi seperti MATRADE.

“Syarikat yang baik akan menghasilkan produk yang bagus dengan kerajaan yang bagus yang mengenakan polisi yang cukup untuk meningkatkan profil negara. Cuba fikir seperti Samsung yang telah dibuat oleh Korea dan Apple yang dibuat oleh Amerika Syarikat, tanpa Unit Penjenamaan Nasional,” katanya.

Lim turut mempersoalkan keperluan untuk menambah RM360 juta kepada SPR, menjelaskan agensi itu telah gagal dalam tugas utama mereka membersihkan sistem pilihan raya.

Namun demikian, Ahli Parlimen Bagan berkata strategi BN adalah menggunakan pembayar cukai untuk membiayai “perbelanjaan tidak bertanggungjawab” bukan benda baru.

Beliau mengingatkan kerajaan telah memohon tambahan dana RM13.2 billion Jun tahun lalu, dan RM10.3 billion pada Mac tahun ini untuk Belanjawan 2011.

Lim menambah sejak 1997, Malaysia telah menunjukkan 15 tahun bajet defisit dengan hutang yang semakin meningkat daripada RM89 billion kepada RM470 billion sehingga Mac tahun ini.

Beliau membandingkan KDNK, Lim menambah, kadar hutang meningkat lima kali ganda sejal 1997 dengan KDNK hanya berkembang tiga kali ganda.

Najib yang juga menteri kewangan berkata, lewat bulan lalu kerajaan akan memastikan kadar hutang Malaysia tidak akan melebihi kadar siling di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) dan Akta Perbelanjaan Kerajaan kerana pengurusan dan pembiayaan kewangan.

Beliau menambah hutang negara berada di paras 53.5 KDNK, yang berjumlah RM881 billion pada 2011 selepas semakan, menjadikan Malaysia RM13 billion kepada DD peratus kadar hutang.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...