Searching...
Tuesday 26 June 2012
11:02 1

Kantoi Pakai Cincin Yang Sama, Akhirnya Zizan Mengaku Juliana Evans Beri Cincin Padanya

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Zizan Razak hari ini mengaku cincin yang dipakainya ketika sesi tayangan filem Mail Lambong di TGV Sunway Piramid baru- baru ini adalah pemberian dari Juliana Evans.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai status hubungan mereka yang dikatakan semakin intim sejak akhir akhir ini.

“Benar cincin itu adalah pemberian Jue sendiri kepada saya,” kata Zizan kepada Mynewshub.my di sini hari ini.

Kemesraan antara Zizan dan Juliana ketika sesi tayangan, Mael Lambong Selasa lalu menggambarkan kebahagiaan mereka.

Namun, apabila ditanya mengenai status perhubungan mereka, keduanya menegaskan hanya berkawan rapat dan ‘sekepala’.

Bagaimanapun, Zizan dan Juliana atau mesra di sapa Jue, sekali lagi ‘terkantoi’ dengan beberapa media yang sedang menemu bual mereka, apabila pasangan yang pernah digandingkan menerusi filem, Hantu Bonceng ini memakai cincin yang sama.

Tatkala sedar sudah ‘terkantoi’, Zizan cepat-cepat bangun lalu menanggalkan cincin tersebut dan menyerahkan kepada pengurusnya, manakala Jue hanya tersipu-sipu dan mengatakan cincin mereka berlainan sedikit.

Jue yang sedang dalam cuti semester, sudah berada di Malaysia semenjak tiga minggu lalu dan akan kembali semula ke Amerika Syarikat (AS) pada Ogos nanti.

1 comments:

  1. alah kalau dah kantoi tu mengaku
    jer lah.lagi pon korang serasi per

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...