Searching...
Sunday 10 June 2012
19:51 0

Julia Perez Nafi Diri Seorang Lelaki


AKTRES dan penyanyi sensasi Indonesia, Julia Perez (Jupe) menyatakan rasa kecewanya selepas satu kontroversi timbul bahawa dia sebenarnya dilahirkan sebagai lelaki.

“Saya rasa sakit dan kecewa apabila didakwa sedemikian. Nasib baik ada beberapa orang teman wartawan yang telah mendapatkan pengesahan. Oleh itu mereka tahu apa kebenarannya,” ujarnya seperti dipetik dari Kapan Lagi ketika ditemui di majlis pelancaran single “Siti Nurbaya” dan program “Jupe Cari Jodoh” di Epicentrum Walk, Kuningan, Jakarta Selatan baru-baru ini.

Bagi membuktikan kebenaran tersebut, bekas kekasih pemain bola Gaston Castano ini turut meminta wartawan lain untuk bertanya terus kepada doktornya, Boyke, sekiranya dia pernah melakukan sebarang transformasi jantina.

“Jika tidak percaya, anda boleh terus bertanya kepada doktor Boyke yang tahu dalaman saya. Dia tahu jika saya adalah seorang lelaki atau wanita.

“Ya, apa yang pasti ini saya adalah wanita. Ini adalah hasil kurniaan Tuhan. Saya adalah seorang penghibur dan milik masyarakat,” jelas aktres berusia 31 tahun ini.

Sebelum ini Jupe pernah dikaitkan dengan kontroversi ini selepas dilihat menghadiri acara yang dianjurkan oleh mereka yang pernah melakukan transformasi jantina.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...