Searching...
Wednesday 20 June 2012
16:22 0

HTC One X Hadapi Masalah Wifi


HTC One X versi global yang dijual ke seluruh dunia termasuk ke Malaysia sebenarnya menghadapi masalah pada Wifi kerana sensor WiFi di dalamnya kadaangkala tidak berfungsi. Masalah akan selesai apabila Anda menggegarkannya sedikit (squeeze) pada tempat yang betul, masalahnya tidak semua pengguna HTC One X menjumpai “tempat yang betul” sepertimana yang dimaksudkan itu. Situasi ini mengingatkan kami kepada masalah antena iPhone 4 saat ia mula-mula di keluarkan dulu sehingga dipanggil sebaagi iPhone 4 Death Grip, yakni capaian telefon bimbit yang tiba-tiba menjadi kurang jelas apabila pengguna menggenggam bahagian bawah iPhone 4 saat bercakap.

Masalah sambungan Wifi yang tidak berfungsi pada HTC One X telah tersebar ke merata dunia terutama di Amerika dan United Kingdom, HTC berkata masalah itu berpunca dari masalah pada sambungan antena Wifi dalam kerangka komponen HTC One X. Jika Anda pemilik HTC One X dan mengalami masalah pada capaian Wifi telefon pintar anda, segera bawa ke service centre kerana masalah itu boleh diatasi, lagipun ia masih di bawah lindungan waranti selama satu tahun. Tidak ada apa-apa software update dikeluarkan oleh HTC untuk atasi masalah Wifi pada HTC One X ini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...