Searching...
Tuesday 19 June 2012
18:20 0

'Dia Tak Faham Jadual Pelakon Ni' - Hanez Suraya Akui Selisih Faham Dengan Awi Rafael

SEBELUM ini, baik Hanez Suraya mahupun Awi Rafael, kedua-duanya lebih selesa untuk mengaku perhubungan mereka hanya sekadar persahabatan dan hubungan profesional. Namun kini, pasangan ini dilihat lebih terbuka untuk membicarakan mengenai kisah hati mereka.

“Sebelum ini bukan nak nafi atau sorok, tapi saya ini perempuan. Bila Awi dah mengaku, saya pun dah tak ada nak sorok apa lagi,” ujar pelakon drama ‘3 Janji’, Hanez Suraya membuka bicara.

“Kami dah tiga bulan berkawan. Alhamdulillah, perhubungan kami berjalan lancar dan keluarga masing-masing pun okay dengan perhubungan ini. Tidak dinafikan kami ada juga bercakap tentang tahap perhubungan seterusnya, namun buat masa ini, kami mahu fokus terhadap kerjaya dulu. Saya percaya jika ada jodoh, tak ke mana. Apapun, saya serah pada pihak lelaki.”

Menyentuh mengenai detik perkenalan mereka, Hanez memberitahu, “Sebenarnya, saya tak suka pun dia, saya suka lagu dia sebenarnya. Saya suka dengar lagu ‘Bila Aku Jatuh Cinta’ dan satu hari itu, kami dipertemukan di Jom Heboh TV3 di Melaka.

“Selepas itu, pengurus dia ada hubungi saya untuk menawarkan saya menjadi model klip video lagu terbarunya, ‘Asalkan Aku OK’. Dari situ, kami mula berhubung dan saya lihat dia seorang lelaki yang mengambil berat dan bertanggungjawab.”

GUA sempat mengusik Hanez yang GUA pernah terserempak dengan mereka berdating di The Curve, Damansara dan pelakon drama ‘Suri’ ini dalam keadaan tersipu malu memberitahu, “Jika tak sibuk, kami akan selalu berjumpa.”

Namun, pada masa yang sama, wanita berusia 27 tahun ini turut memberitahu mereka juga seperti pasangan lain yang tak pernah lari dari berhdapan dengan perselisihan faham.

“Tidak dinafikan, kami ada juga berselisihan faham, maklumlah waktu shooting Hanez tak tentu masa, kadang-kadang dari pagi sampai malam. Nak kata gaduh, tak gaduh, cuma dia tak faham jadual pelakon ini macam mana tapi kami tengah cuba untuk mengatasi masalah ini.”

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...