Searching...
Thursday 14 June 2012
22:19 0

Debat - Penonton lebih etika, jamin budaya politik matang




DEBAT SINAR: DEMONSTRASI JALANAN MERUNTUH ATAU MENGUKUH DEMOKRASI

SHAH ALAM - Wacana dan debat politik wajar diteruskan walaupun ada segelintir hadirin masih terperangkap dengan kepompong lama dan sukar terima hujah berlandaskan fakta dan angka. Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian   Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, debat politik matang bukan sahaja dinilai dengan hebatnya hujah dan fakta yang disampaikan pendebat, malah reaksi  penonton terhadap pentas perdebatan juga memainkan peranan.

Justeru katanya, perlu bagi penonton beretika dan bijak mengawal emosi supaya tidak menjadi terlalu emosional ketika mendengar pandangan dan hujah yang dikemukakan. “Berlainan dengan konsep debat di luar negara yang  bersifat natural, penonton mempunyai etika mendengar hujah dikemukakan oleh pendebat dengan tenang. Dengan cara itu, pendebat tidak terganggu untuk menyatakan hujah, pandangan dan fakta yang bernas,” katanya.

Manakala di Malaysia, Shamsul berkata, pendebat lebih kepada bertikam lidah walaupun debat itu beri ruang kepada kedua-dua aliran politik yang berbeza kemukakan pandangan masing-masing.

“Ini kerana sikap penonton memberikan sokongan dengan nada emosi seperti menjerit dan menyanggah secara terbuka kerana mereka terlalu fanatik," katanya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...