Searching...
Tuesday 5 June 2012
05:27 0

Bukan sebab kehadiran Rodgers


LIVERPOOL - Dirk Kuyt mendedahkan, kesunggu- han Fenerbahce yang mahukan khidmatnya merupakan sebab utama dia meninggalkan Liverpool.

Menurut Kuyt, dia mengambil keputusan berhijrah ke kelab Turki itu musim depan bukan disebabkan oleh kehadiran Brendan Rodgers selaku pengurus baharu The Reds.

"Ketika didatangi wakil Fenerbahce, saya sudah tahu yang kelab tersebut merupakan destinasi saya selepas ini.

"Mereka bersungguh-sungguh mengembalikan semula keyakinan saya yang telah hilang sebelum ini.

"Sebab itu saya menyertai mereka dan ia tidak ada kena-mengena dengan pelantikan Rodgers," katanya.

Kelmarin, Kuyt yang telah bersama The Reds selama lapan musim akhirnya menandatangani kontrak bernilai 1 juta euro (RM4.1 juta) selama tiga tahun bersama Fenerbahce sehingga 2015.

Dia juga berpeluang beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan selepas kelab itu muncul naib juara Liga Turki musim ini.

Sebelum ini, Kuyt sering memanaskan bangku simpanan di bawah kendalian bekas pengurus Liver- pool, Kenny Dalglish yang dipecat.

Sebelum Fenerbahce, Kuyt turut dikaitkan dengan kelab Jerman, Hamburg selain dilaporkan kembali semula ke pangkuan kelab lamanya, Feyenoord. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...