Searching...
Friday 22 June 2012
13:34 0

Adda Butterfly Tipu Media, Sengaja Cari Publisiti Murahan?


Kecoh sebelum ini kisah perceraian antara Adda Butterfly dan suaminya yang hanya sempat menikmati saat sebagai suami isteri selama 17 hari.

Pelbagai spekulasi dari beberapa pihak mengatakan antara punca perceraian mereka berdua termasuklah disebabkan bekas suami Adda iaitu Ridzuan yang dikatakan menipu statusnya terhadap Adda mengatakan dirinya duda. Namun itu semua disangkal apabila laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini mendedahkan bahawa Ridzuan tidak pernah merahsiakan daripada Adda bahawa dia sudah berumah tangga dan mempunyai tiga orang anak.

“Dia yang banyak buat hal. Malah, dia yang pandai-pandai kata saya duda, saya sendiri tak pernah kata begitu. Saya tak pernah mengaku saya seorang duda. Sejak pertama kali bertemu dengan Adda di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, saya sudah beritahu dia bahawa saya sudah berumah tangga dan ada tiga anak.” – bekas suami Adda, Ridzuan dipetik dari Utusan.
Ridzuan turut mengatakan bahawa Adda telah menipu pihak media mengenai statusnya yang dikatakan seorang duda. Malahan, Ridzuan turut mengakui bahawa keluarga Adda juga turut mengetahui bahawa Ridzuan sememangnya sudah mempunyai isteri.

“Pasal status saya tu memang tak betullah, memang dia tipu. Saya memang terkejut apabila baca kenyataan yang Adda yang dikeluarkan. Kemudian dia buat saya macam ini pula. Saya tak bodoh, saya ada simpan segala sistem pesanan ringkas (SMS) yang dia hantar kepada saya. Dia pusing habis semua kenyataan yang diberikan kepada media. Dia sudah tahu bahawa saya suami orang. Keluarga dia sendiri pun tahu mengenai perkara ini.”
Kenyataan Adda Butterfly di media sebelum ini benar-benar mengecewakan Ridzuan yang terkilan kerana Adda seakan-akan mengaibkan dirinya dengan kenyataan yang tidak berasas. Disebabkan itu, Ridzuan telah tampil kehadapan dan menjelaskan keadaan sebenar.

Untuk laporan lebih lanjut, anda boleh masuk ke sini.



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...