Searching...
Sunday 3 June 2012
02:48 0

Adakah Google Trader Bakal Hadir Ke Malaysia?

Dengan populariti laman jual-beli yang semakin popular, kini Google turut sama menyertai industri sama, dengan melancarkan laman Google Trader dalam bentuk beta kepada para pengguna Thailand. Namun apa yang menariknya, apabila kita memasukkan URL untukGoogle.com.my, ia membawa pengguna ke laman jualan negara Kenya.



Perkara sama juga ditetapkan untuk penggunaan nama domain negara lain, dimana Google Trader tidak diaktifkan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada Google akan melancarkannya kepada para pengguna tempatan ataupun tidak. Google Trader hanya diaktifkan untuk negara Kenya, Ghana, Nigeria, Uganda dan juga Thailand.

Namun, sekiranya Google melancarkan laman jual beli mereka di Malaysia, adakah anda akan menggunakannya, ataupun tetap akan kekal dengan Mudah, Lelong dan beberapa yang lain?

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...