Searching...
Wednesday 20 June 2012
16:27 0

Acer Aspire S5 RM3499 Di Malaysia


Acer Aspire S5 merupakan ultrabook pertama di dunia yang dipasang Thunderbolt dan memiliki dua palam USB3.0. Sebelum ini mana-mana ultrabook cuma ada satu sahaja palam USB3.0 dan tidak ada dipasang dengan palam Thunderbolt, biasanya Thunderbolt hanya di miliki oleh komputer riba keluaran Apple sahaja merangkumi model MacBook Pro dan MacBook Air.

Kini dengan Acer Aspire S5, keadaan berubah. Anda patut berterima kasih dengan Intel kernaa dengan keputusan mereka Thunderbolt kini akan mula dipasang pada laptop berisi Windows 7 dan tidak hanya untuk laptop Apple sahaja, sebenarnya teknologi Thunderbolt dipelopori oleh Intel, ia digunakan pada laptop Apple kerana Thunderbolt hanya dapat digunakan pada gajet perkomputeran berprestasi tinggi sahaja, kebetulan MacBook Pro dan MacBook Air iaitu laptop keluaran Apple dicipta sebagai laptop berprestasi tinggi maka amat sesuai untuk memuatkan Thunderbolt padanya.

Setakat ini, laman web Acer Malaysia masih belum memaparkan apa-apa makulmat mengenaiultrabook Acer Aspire S5, dari maklumat yang kami dapat harga rasmi Acer Aspire S5 di Malaysia adalah RM3499. Tidak ada berita mengenainya bilakah Aspire S5 ini akan mula di jual diMalaysia. Kami merasa ia akan menjengah pasaran pada Ogos-November 2012 seiring dengan kemunculan rasmi Windows 8 versi penuh.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...