Searching...
Thursday 31 May 2012
14:10 0

[video] Bekas Mufti Perlis Zahirkan Boleh Kritik Sultan


SELEPAS bekas Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin mempersoalkan Sultan Johor dalam isu pembelian nombor plet kenderaan WWW 1 berharga RM520,000, isu mengkritik Sultan dan Raja Melayu nampaknya semakin menjadi-jadi.

Kini, kelihatan seperti ada kumpulan yang mahu menjadikan perbuatan mengkritik raja sebagai satu budaya yang boleh diterima.

Agak sukar difahami kenapa secara tiba-tiba wujud aliran fahaman seperti itu.

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin jika dinilai dalam klip di bawah, menzahirkan bahawa raja-raja Melayu sepatutnya boleh dikritik. Beliau memberikan contoh dengan membuat perbandingan di zaman Rasullah SAW.

Namun, apakah Dr Asri kelihatan marah dalam isu itu ada hubung kait dengan insiden beliau didakwa Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) tidak lama dahulu kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah?

Beliau ada menyebut sesuatu yang berbentuk sindiran berhubung isu berkenaan dalam klip terbabit. - newshub

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...