Searching...
Tuesday 8 May 2012
22:45 0

Viber Diperkenalkan Dalam Bentuk Beta Untuk Windows Phone Dan BlackBerry





Viber merupakan salah satu aplikasi yang menawarkan perkhidmatan panggilan, permesejan dan sebagainya untuk pengguna melalui rangkaian 3G mahupun WiFi. Setelah hanya memperkenalkan aplikasi mereka untuk pengguna iOS dan juga Android, hari ini mereka menambah dengan menawarkan aplikasi untuk BlackBerry dan juga Windows Phone.





Walaubagaimanapun, buat masa ini, Viber untuk BlackBerry dan juga Windows Phone masih belum menawarkan sokongan panggilan suara melaluinya, mungkin kerana masih pada peringkat beta. Untuk pengguna Windows Phone dan BlackBerry, mereka boleh menggunakannya dalam menghantar mesej mahupun gambar kepada rakan-rakan mereka sama ada daripada platform sama, ataupun kepada platform berlainan.
Ia masih lagi tidak diketahui bilakah sokongan panggilan suara akan diperkenalkan. Namun, memandangkan ianya masih lagi pada peringkat beta, mungkin pada versi stabil kelak, sokongan suara akan didatangkan bersama dengannya.
Bagi para pengguna BlackBerry yang berminat, boleh memuat-turunnya terus daripadaAppWorld manakala pengguna Windows Phone boleh memuat-turunnya daripadaMarketplace hari ini.



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...