Searching...
Tuesday 8 May 2012
22:42 0

Ubuntu Bakal Didatangkan Bersama Lebih 5% PC Pada Tahun Hadapan





Dengan pelancaran Ubuntu Quantal Quetzal tempoh hari, kini Canonical merancang untuk mengedarkan Ubuntu untuk didatangkan bersama-sama lebih kurang 5% komputer pada tahun hadapan. Perkara ini diumumkan sendiri oleh Canonical pada Ubuntu Developer Summit yang diadakan pada hari ini oleh mereka, membincangkan matlamat pada tahun akan datang.





Menurut mereka, pada tahun lepas, Ubuntu telah mengeluarkan lebih kurang 8 juta hingga 10 juta unit berjumlah lebih kurang $7.5 billion. Dan angka ini dijangka akan terus bertambah dari tahun ke tahun akan datang.
Di Malaysia sahaja, pada tahun ini, Fomca telah mengeluarkan kenyataan yang mana mereka akan mempromosikan sumber terbuka dengan lebih meluas, dimana sebagai ganti kepada FreeDOS yang didatangkan pada komputer berkos rendah, mereka inginkan penjual komputer untuk menjualnya bersama-sama dengan Ubuntu Linux, sekaligus mengurangkan kadar cetak rompak dan mendatangkan komputer bersama-sama pelbagai aplikasi yang berguna.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...