Searching...
Friday 11 May 2012
18:52 0

Tujuh cara untuk menilai sama ada si lelaki adalah sesuai untuk anda atau tidak.


Anda perlu pandai dalam menilai sesuatu hubungan. Jangan di sebabkan anda wanita, anda di tindas oleh kaum lelaki. Pilihan di tangan anda. Untuk memastikan sama ada si lelaki itu sayang pada anda atau tidak, saya senaraikan tujuh tip untuk menilai sama ada lelaki itu layak atau tidak bersama dengan anda.

Si lelaki layan anda dengan penuh kasih sayang dan perhatian.

Lelaki telah menyerahkan sepenuh jiwa dan raganya pada anda jika mereka selalu layan anda sebagai seorang yang istimewa pada setiap masa. Lelaki sayang anda jika mereka hormat dan mendengar pendapat anda mengenai sesuatu. Jika anda berjumpa dengan lelaki seperti ini, lelaki ini benar – benar menyayangi anda.

Dia mahu jumpa anda pada setiap masa.

Jika lelaki tidak serius dengan anda, dia akan mengelak dari anda. Namun, lelaki itu serius dengan anda jika dia selalu ingin berjumpa dengan anda. Selalunya lelaki yang sayang pada anda akan member kejutan setiap kali anda berjumpa dengan dia. Dia mahukan setiap perjumpaan adalah istimewa.

Dia mahu anda sentiasa berhubungan dengan dia.

Lelaki yang mahukan anda sebagai peneman hidup, dia akan sentiasa berhubung dengan anda. Apabila berjumpa, dia akan sentiasa mahu panjangkan perjumpaan tersebut. Dia juga sentiasa mahu tahu aktiviti anda. Dia tidak menyibuk aktiviti anda tetapi mahu sentiasa ambil berat mengenai anda.

Dia cuba hendak merapatkan antara anda berdua.

Si lelaki sayang pada anda jika dia mula hendak merapatkan diri anda dan dirinya. Dia tidak lokek mencurahkan perasaan kasih dan sayangnya pada anda. Dia juga cuba mewujudkan perasaan yang sama pada anda iaitu cinta. Dia benar – benar serius pada anda sehinggakan dia sanggup membocorkan rahsia peribadinya pada anda.

Dia memperkenalkan anda pada kehidupannya.

Apabila anda lihat seorang lelaki mula menceritakan mengenai kehidupannya pada anda, dia memang benar – benar sayang akan anda. Dia akan mula memperkenalkan anda pada rakan rapatnya. Dia juga tidak malu menyatakan minat dia dalam melakukan sesuatu pada anda.

Dia mahu berjumpa dengan orang yang anda sayang.

Jika dia mahu berjumpa dengan ibu bapa anda, dia sememangnya sayang pada anda.

Dia bercakap soal masa depannya pada anda.

Jika dia mula bercerita mengenai masa depannya pada anda, dia sememangnya menyayangi anda. Dia mahu tunjukkan impiannya pada anda dan mahu anda bersama dengannya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...