Searching...
Saturday 19 May 2012
15:42 0

Sony Tablet P Akan Terima Update Android 4



Update naik taraf ke Android 4 Ice Cream Sandwich untuk Sony Tablet P akan dilepaskan tidak lama lagi. Dalam beberapa minggu lalu update Android 4 ICS untuk Sony Tablet S telah pun dilepaskan kepada umum tapi tidak pasti sama ada pemilik tablet Sony di Malaysia sudah dapat menerimanya atau tidak. Sony Tablet P ini amat berbeza kerana ia menyamai bentuk game konsol PlayStation Portable (PSP) dan mempunyai dua skrin, dijual dalam rekaan clamshell. Antara pembaharuan yang bakal di bawakan dalam update Andoid 4 ICS itu adalah rupa lock screen terbaru, akses pantas kepada notifikasi pada home screen (walaupun skrin dikunci), mod kamera pada kedudukan mendatar (panoramic), menu paparan galeri yang ditambah baik menjadi bentuk film stripe, selain boleh menukar-nukar antara website view dengan mobile view apabila pengguna membaca mana-mana blog/laman web.

[ sumber Sony Japan melalui Tech Radar ]

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...