Searching...
Tuesday 8 May 2012
01:10 0

SM TIMER - SHUTDOWN PC SECARA AUTOMATIK



Assalamualaikum...

Entri pada kali ini saya akan berkongsi dengan anda tentang satu perisian yang dapat membantu anda dalam melakukan proses shutdown komputer secara automatik.

Perisian yang dimaksudkan adalah SM Timer. SM Timer merupakan satu perisian pintar yang ringkas, boleh dipercayai dan yang paling penting ianya adalah satu perisian yang percuma.
SM Timer membolehkan anda dengan mudah dan cepat dalam menetapkan masa shutdown pc. Selepas anda menekan butang OK, tetingkap perisian ini akan diminimizekan dan akan menunggu masa yang ditugaskan untuk melakukan tindakan yang telah ditetapkan.

SM Timer akan memaparkan amaran berserta countdown . Jika anda mengabaikan sahaja amaran tersebut, maka perisian ini akan menjalankan tugasnya dan sebaliknya jika anda menekan butang Batal (Esc), maka SM Timer akan berhenti daripada melakukan tugasnya dan anda bolehlah  menutup timer atau menetapkan masa baru dan juga tindakan baru.


Dapatkan SM Timer di sini atau di sini .    
           

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...