Searching...
Thursday 3 May 2012
00:12 0

Samsung Series 7 Gamer Gaming Laptop Dengan 4 Mode Berlainan, Grafik Nvidia



Samsung memperkenalkan laptop gaming pertama keluaran mereka di namakan Samsung Series 7 Gamer, sebelum ini Samsung ada mengeluarkan Samsung Series 7 Chronos, laptop multimedia berprestasi tinggi. Jika anda menjangkan Series 7 Gamer adalah laptop 15 inci, Anda silap kerana ia dipasang skrin 17 inci berciri HD dengan resolusi maksima 1920×1080 piksel, sistem audio Dolby Home Teather, cip grafik Nvidia GeForce GTX 675M dan cip Intel Core i7 generasi ketiga (dihasilkan melalui kejuruteraan Ivy Bridge).
Ketika pemilik laptop ini bermain games, cahaya iluminasi akan muncul dari bawah speaker dan akan berkelip mengikut rentak bunyi untuk menghidupkan experience tersendiri dalam suasana permainan komputer. Samsung melengkapkan laptop Series 7 Gamer dengan 4 mode berlainan – Gaming Mode, General Mode, Quiet Mode, Power Saver Mode di mana pengguna boleh menukar-nukar mode sesuai dengan selera. Keyboardnya memiliki bentuk ergonomik menampilkan kontur berbentuk huruf U ke dalam untuk tekanan hujung jari lebih tepat berbanding keyboard jenis scrabble yang banyak digunakan pada kebanyakan laptop terbaru Samsung sekarang ini.
Laptop gaming Samsung Series 7 Gamer dijual pada harga RM5,697 di Malaysia, harganya diperingkat global adalah $1,899.99 Dolar Amerika. Kami jangka ia akan jadi pesaing terhebat untuk laptop gaming berjenama hebat seperti Razer Blade, Alienware atau Toshiba Qosmio. Spesifikasi detail komponen Samsung Series 7 Gamer di sediakan di laman Samsung USA, Anda boleh klik pada link sumber berita kami di bawah untuk membacanya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...