Searching...
Tuesday 8 May 2012
16:17 0

Salah UMNO Azmin Tak Lawat Ibu Sejak Setahun Lalu

AGAK panjang juga kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali bagi mempertahankan dirinya atas dakwaan bersikap derhaka terhadap ibunya.

Dan seperti yang diduga, UMNO yang dipersalahkan. Jalan mudah bukan.

Namun, asas dan persoalan pokok masih belum terjawab, Azmin tidak menafikan yang dia sudah hampir setahun tidak balik menjenguk ibunya walaupun jarak pejabat dan rumah ibunya hanyalah 10 minit.

Kalau Azmin boleh menafikan dan membuktikan sejak Aidilfitri tahun lalu, dia ada pulang dan melawat ibunya, maka selesai masalah, tidak ada sesiapa yang akan menuduh beliau derhaka atau apa sahaja.

Maka kekecewaan ibunya juga mungkin satu kekecewaan palsu atau mungkin Che Tom tersilap.

Namun, kalau benar sudah hampir setahun Azmin tak balik melawat ibunya, kat mana pulak salah UMNO atau ibunya atau adiknya Ummi Hafilda?

Jadi soalnya sekarang, anda ada pulang atau tidak melawat ibu anda yang kini sudah pun berusia 78 tahun, yang sudah luluh hatinya dengan sikap anda?

Dalam kenyataan anda tidak menyatakan atau memperjelaskan perkara itu. Sebaliknya ada pihak lain dipersalahkan.

Menyalahkan pihak lain tidak akan mengubah hakikat bahawa anda tidak pulang menjenguk ibu anda sendiri.

Anda dalam kenyataan anda berkata; Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya. Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan mendapat rahmatNya serta beroleh kesihatan yang baik.

Baguslah anda berdoa mengenai ibu anda. Namun, isu pokoknya anda tidak pulang melawat walaupun rumah ibu dan pejabat anda hanya sepelaung jauhnya.

Dan semua kekecewaan dan kesedihan ibu anda bertitik tolak bukan dengan anda tidak mendoakan atau mendoakan dirinya, tetapi anda tidak mahu melawatnya setelah anda dikatakan mengamuk di pagi aidilfitri lalu.

Dan salahkan UMNO buat apa, bukan UMNO letak halangan atau pancitkan tayar kereta anda setiap kali anda mahu pulang ke rumah ibu anda.

Itu soal pilihan anda mahu berbuat demikian atau tidak.

Rasanya bukan rahsia yang anda tidak balik melawat ibu anda. Kalau tidak masakan Presiden parti anda sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri menyebut; “Azmin sebaiknya melawat dan menziarahi ibunya kerana itu salah satu tanggungjawab beliau sebagai anak,”.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...