Searching...
Wednesday 2 May 2012
01:12 0

Pembangun Tempatan Memperkenalkan FastText – Membalas SMS Terus Melalui Desktop


Terdapat beberapa cara untuk membalas SMS terus daripada desktop, dan salah satunya merupakan melalui aplikasi FastText yang mana dibawakan oleh salah seorang pembangun tempatan. Namun, buat masa ini, ia hanya boleh digunakan oleh para pengguna peranti Android yang menggunakan dekstop dengan sistem operasi Windows sahaja.


Melalui aplikasi FastText ini, ia membolehkan anda menerima notifikasi untuk mesej berbentuk SMS terus pada desktop anda, dan boleh membalasnya terus daripada desktop, tanpa perlu membuka peranti mudah-alih anda. Pada masa yang sama, anda juga boleh melihat senarai SMS dan mesej-mesej yang pernah dihantar oleh anda sebelum ini terus pada desktop tanpa sebarang masalah.

Untuk memudahkan anda memulakan mesej baru terus daripada desktop, ia turut menyertakan sokongan Contact List membolehkan anda membuka buku alamat terus padanya seterusnya memulakan mesej baru dengan pantas.




Mengikut laman rasmi FastText, mereka juga bakal memperkenalkan beberapa sokongan lain, termasuk kebolehan untuk membuat panggilan, serta notifikasi bateri dan sebagainya terus daripada desktop. Namun, ia bakal diperkenalkan dalam kemaskini akan datang untuk aplikasi tersebut.

Bagi para pengguna Android, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Google Play hari ini, dan seterusnya menghubungkannya melalui perisian Windows yang disediakan oleh FastText, dan mula menghantar SMS dengan mudah melalui desktop.

Download



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...