Searching...
Saturday 19 May 2012
15:59 0

Pemasangan iPhone 5 Mulai Jun 2012, Memuatkan Liquidmetal


Oktober biasanya menjadi bulan rasmi untuk Apple melancarkan iPhone terbaru, ramai peminat Applemenjangka Oktober 2012 ini model iPhone terbaru akan diperkenalkan, maka untuk memenuhi permintaan banyak pada hari pelancaran, biasanya kilang yang mengambil kontrak untuk memasang produk Apple akan memulakan proses pemasangan komponen berbulan-bulan lebih awal. Nama iPhone terbaru itu ada dua mengikut khabar angin yang kami dengari – iPhone 5 atau The New iPhone(sempena nama The New iPad) dikhabarkan sangat nipis iaitu cuma 7.9mm sahaja. Proses pemasangannya akan dimulakan Jun2012. Dari segi sejarah pembikinan, ini adalah model iPhone generasi keenam diperkenalkan Apple, dikatakan model iPhone pertama dipasang dengan Liquidmetal – logam aloi teknologi terbaru yang hanya Apple sahaja mendapat untuk menggunakannya pada produk-produk mereka. Dengan Liquidmetal, kerangka luar iPhone 5 akan jadi lebih tahan lasak, lebih nipis, lebih ringan berbanding model sebelum ini. Kemungkinan besar teknologi Liquidmetal akan turut digunakan padaMacBook Air terbaru nanti.

[ sumber Wall Street Journal melalui SlashGear ]

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...