Searching...
Saturday 19 May 2012
15:54 0

Kenali Phablet – Smartphone + Tablet Nipis


Phablet adalah panggilan kepada sebuah peranti terbaru, namanya terhasil dari gabungan dua perkataan –smartphone dan tablet. Phablet mempunyai skrin lebih besar saiznya dari smartphone tapi lebih kecil dari tablet, pendek kata phablet adalah alat yang menggabungkan ciri smartphone dan mengadaptasi paparan skrin luas milik tablet, beroperasi menggunakan Android OS sahaja. Samsung adalah syarikat elektronik memperkenalkan phablet komersil pertama iaitu Samsung Galaxy Note (skrin 5.3 inci, menggunakan sistem Android 2.3 Gingerbread, RAM 1GB, memori 32GB, cip pemproses berjenama Exynos berkepantasan 1.4Ghz, kamera belakang dilengkapi lensa 8MP, kamera depan dengan lensa 1.3MP). SebelumGalaxy Note popular, phablet pertama direka untuk pengguna adalah Dell Streak 5, namun gagal mendapat sambutan.

Sambutan menggalakkan terhadap Samsung Galaxy Note menjadi inspirasi kepada syarikat lain untuk mengeluarkan phablet mereka sendiri. LG akhirnya memperkenalkan LG Optimus Vu, phablet pertama dari mereka (skrin 5 inci, dipasang dengan Android 2.3 Gingerbread, cip berkepantasan 1.5Ghz ciri dual core, RAM 1GB, memori dalaman 32GB, kamera belakang dilengkapi lensa 8MP, kamera depan dengan lensa 1.3MP). Selepas itu Panasonic pula mengeluarkan phablet pertama di bawah jenama mereka iaituPanasonic Eluga Power (skrin 5 inci, Android 4 Ice Cream Sandwich, cip pemproses 1.5Ghz, RAM 1GB, memori dalaman 8GB, resolusi skrin 720×1280 piksel). Namun, sehingga ke saat artikel ni ditulisPanasonic Eluga Power dan LG Optimus Vu masih belum lagi ada di jual di Malaysia kerana masih belum dipasarkan, mungkin akan dilancarkan sedikit masa lagi. Kedua-duanya tidak ada memiliki pen stylus sepertimana Samsung Galaxy Note. Dell Streak 5 pula sudah diberhentikan pengeluarannya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...