Searching...
Tuesday 15 May 2012
15:34 0

Panas ! Tasha Shila Mengaku Layan Datuk, Bersedia Untuk Adegan Cium Dan Buka-Buka ?

KEMENANGAN Tasha tampak seperti meneruskan rezekinya di persada seni negara. Tasha sibuk berlakon dalam beberapa projek antaranya sebuah telemovie untuk slot Cerekarama dan yang paling menarik - tawaran studio Paramount untuk filem biopik Jimi Hendrix.

“Ini produksi antarabangsa, dan saya telah melalui ‘casting’ di Singapura, dan mereka nampak berminat,” kata Tasha. Walaupun projek ini tampak menarik, Tasha masih ragu-ragu.

“Saya masih menunggu skrip mereka. Saya memang tertarik, tetapi, harapnya tiada adegan bercium atau bukak-bukak. Kalau ada, memang saya akan tolak,” katanya yang juga tidak akan menimbangkan watak walaupun menggunakan stand-in atau body double.

“Kalau pakai stand-in pun, orang masih ingat itu saya. Ramai peminat dan penyokong saya, orang Islam, jadi saya takkan terlibat kalau watak saya macam tu.”

Tasha juga akan ke Bandung dan Jakarta pada 27 Mei ini untuk mengembangkan sayapnya ke negara Indonesia pula. “Saya memang akan pergi memberi profil saya ke Anjasmara,” kata Tasha yang turut menjelaskan dia berminat untuk menyanyi.

“Saya memang bercita-cita sejak kecil, nak jadi pelakon, penyanyi dan model,” katanya. “tetapi, dalam bidang nyanyian, saya pernah masuk ujibakat Akademi Fantasia dan Mentor, tetapi gagal kesemuanya.”

Sama ada Tasha dapat merealisasikan impiannya atau tidak, bintangnya semakin cerah atau sama ada trofi ABPBH masih di sebelahnya atau tidak masih belum diketahui. Namun, semoga kejayaan akan sentiasa mengiringi Tasha.
Menjawab isu mengenai status hubungannya dengan seseorang yang bergelar datuk, berikut petikan media gua.com berkaitan isu ini :

Isu ‘berkawan’ dengan Datuk ini memang sudah lama diperkatakan orang. Laman media sosial dan juga industri hiburan heboh memperkatakan perihal Tasha Shilla yang kononnya keluar bersama seorang berpangkat ‘Datuk’. Raut wajahnya menunjukkan sedikit kepenatan bila diajukan soalan sama.

“Saya rasa, isu ni pun dah dibangkitkan, dan saya sudah menjawab,” kata Tasha semasa sidang media video muzik Lintasan Bintang, oleh Awan Band. “Mungkin ada di kalangan peminat saya yang bergelar Datuk, atau saya mungkin pernah melayan mereka sebelum ini.”

Jangan salah faham, Tasha ‘melayan’ Datuk dan juga pelanggan-pelanggan lain di kedai Prada di pusat membeli-belah Pavilion, tempat dia pernah bekerja dahulu. Tasha tidak menafikan mungkin pernah kenal dengan pelanggan berpangkat ‘Datuk’ semasa bekerja di sana.

“Saya rasa, ada pihak yang sengaja nak ‘provoke’ cerita yang kemenangan saya di ABPBH (sebagai Artis Baru Popular) pun ditaja oleh seorang Datuk,” kata Tasha. “Walaupun, sebenarnya, peminat dan kelab peminat saya yang bekerja keras mengundi saya semasa musim ABPBH.

“Saya amat terhutang budi dengan semua yang telah mengundi saya, oleh itu, saya ada bercadang mungkin bulan depan, untuk keluar bermain bowling dengan kelab peminat saya. Saya sentiasa berhubung dengan Fazz dan Eja - admin kelab peminat saya.”

Agak klise untuk seorang artis yang cantik seperti Tasha dirisik oleh ‘Datuk-Datuk’, terutama selepas kemenangannya di ABPBH. Namun, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Siapa sanggup menentukan jodoh sesiapa - mahupun jika seseorang itu bergelar Datuk atau Tan Sri.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...