Searching...
Monday 7 May 2012
21:38 0

Microsoft Mahu Lancarkan Lebih 30 Tablet Windows 8, Termasuk Tablet Nokia



Microsoft dan rakan niaganya merancang mahu memperkenalkan lebih dari 30 model tablet Windows 8 dengan harga RM900 ke atas apabila sistem perisian terbaru itu di lancarkan nanti pada tahun 2012 ini. Bila? Microsoft merahsiakan tarikh pelancarannya, namun kemungkinan pelancaran rasmi Windows 8 akan dibuat pada Ogos-Disember 2012. Sepertimana Intel memasang matlamat mahu melancarkan lebih dari 70 model ultrabook pada tahun 2012, Microsoft pula merancang untuk memasarkan lebih dari 30 buah tablet terbaru dipasang Windows 8 hasil kerjasama dari rakan niaga dari kalangan syarikat komputer berprestij seperti Acer, HP, Dell, Lenovo, Asus dan Toshiba. Nokia turut tersenarai sebagai salah satu syarikat yang akan mengeluarkan tablet Windows 8 nanti.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...