Searching...
Monday 7 May 2012
21:46 0

LG Optimus LTE2 Ada RAM 2GB, Pengecas Wireless, Saingi Samsung Galaxy S3



LG Optimus LTE2 adalah smartphone Android terbaru buatan LG yang akan diperkenalkan kelak, dipasang dengan Android 4 Ice Cream Sandwich, capaian 4G LTE, dilengkapi RAM sebanyak 2GB dan pengecas berciri wireless (wireless charging) sepertimana pada Samsung Galaxy S3. Inilah kali pertama kali menjumpai sebuah smartphone Android dilengkapi RAM 2GB, sebelum ni biasanya smartphone Android prestasi tinggi dilengkapi dengan RAM sebanyak 1GB sahaja, bahkan Samsung Galaxy S3 dan HTC One X hanya memiliki RAM sebanyak 1GB ketika dilancarkan.


Selain itu, LG Optimus LTE2 dikatakan memiliki skrin True HD menandingi keterangan pada paparan skrin Super AMOLED milik Samsung. LG merancang untuk memasarkan smartphone terbaru mereka ini menjelang hujung bulan Mei 2012 bermula di Korea dulu, waktu itu seakan hampir sama dengan pelancaran tarikh penjualan Samsung Galaxy S3 ke seluruh dunia pada 29 Mei 2012 . Jumlah RAM yang tinggi sebanyak 2GB pada LG Optimus LTE2 membuat kami di iAwani susah mau tidur malam.

Kami seakan mahu memiliki keduanya - Samsung Galaxy S3 juga LG Optimus LTE2 ni. Andai kata iPhone 5 turut dilancarkan Mei ini, entah apa akan jadi pada kami. Bingung, keliru, sukar memilih.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...