Searching...
Monday 7 May 2012
21:44 0

Sony Vaio T, Ultrabook Pertama Dari Sony



Sony mengumumkan kemunculan ultrabook pertama mereka, Sony Vaio T. Sebelum ini kami menganggap Sony Vaio Z sebagai ultrabook Sony, rupanya tanggapan kami salah kerana Vaio Z hanyalah sebuah netbook nipis. Sony Vaio T dijual dalam dua saiz berbeza – saiz 13.3 inci dan 11.6 inci.


Apa yang bestnya? Sony Vaio T ada Rapid Wake + Eco, gunanya untuk membuat ultrabook ini cepat di hidupkan dalam boleh berada dalam mod ‘Sleep’ selama 90 hari tanpa dicas selama tempoh itu. Bateri tahan selama 9 jam jika pengguna memilih untuk membeli model dilengapi cakera Solid State Drive (SSD). Berat ultrabook ni cuma 1.14kg.

Mengenai spesifikasi komponennya (hardware specification) ultrabook ini dipasang dengan cip pemprose Intel Core i3 2367M berkelajuan 1.4Ghz, RAM sebanyak 4GB, cakera keras seluas 320GB dari SSD (boleh pilih 320GB Hard Disk Drive), paparan skrin dengan resolusi maksima 1,366 x 768 piksel dipacu oleh grafik HD 3000 dari Intel, terdapat satu palam USB3.0 dan satu lagi palam USB2.0.

Bagi kami maklumat spesifikasi ini masih tidak lengkap kerana ukuran kenipisan tidak dinyatakan, bahan kerangka luar (sama ada plastik, aluminium atau gabungan keduanya) begitu juga kuasa lensa yang dipasang pada webcam.

Sony Vaio T memiliki fungsi Any Time Charge di mana ia boleh mengecas peralatan elektronik lain (smartphone, tablet) melalui USB walaupun di matikan atau dibiarkan dalam mod Sleep. Sistem audionya dikuasakan oleh teknologi audio xLoud. Sistem operasinya menggunakaan Windows 7, pastinya versi Home Premium namun boleh tukar ke Windows 8 Consumer Preview jika mahu melihat keserasikannya dengan versi terbaru Windows itu.

Harga ultrabook Sony dalam siri Vaio T masih belum diumumkan secara rasmi namun dari sumber berita kami, dikhabarkan ultrabook ini akan mula muncul di pasaran bermula Jun 2012. Harganya kami jangka rendah dari ultrabook model terbaru yang lain sebab Sony Vaio T menggunakan cip Intel Core i3 tahap rendah sahaja yang dihasilkan melalui kejuruteraan Sandy Bridge. Jika menggunakan cip Intel Core i7 generasi ketiga (versi terbaru) dibina dari kejuruteraan Ivy Bridge, pasti ultrabook ini dijual pada harga tinggi.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...