Searching...
Saturday 5 May 2012
17:11 0

LG Memperkenalkan Optimus LTE2 Dengan Memori 2GB RAM



Nampaknya, dalam dunia telefon pintar yang semakin bergerak pantas, LG tidak ingin ketinggalan sama, dimana selepas Samsung mengumumkan peranti Galaxy S3 mereka, kini LG  muncul   dengan peranti Android terkini dengan spesifikasi lebih tinggi, iaitu LG Optimus LTE2.



Melaluinya, ia boleh dikatakan LG Optimus LTE2 sebagai telefon pintar dengan spesifikasi tinggi dipasaran, membawakan skrin True HD IPS seluas 4.7-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, 2GB RAM, 2150mAH bateri, dan sokongan rangkaian LTE melaluinya. Ia juga dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, namun dari segi kamera, ia tidak dapat dikenal pasti buat masa ini. Dari segi fungsi tambahan, ia juga turut menyertakan sokongan pengecasan secara induksi tanpa-wayar.

LG mensasarkan untuk mula menjual peranti tersebut di Korea bermula pertengahan Mei ini, dan ia masih tidak diketahui bilakah akan dilancarkan di seluruh dunia.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...