Searching...
Tuesday 22 May 2012
22:28 0

Kris Dayanti Sah Hamil Anak Kedua!


Ternyata, rezeki penyanyi Indonesia yang bersuara lantang, Kris Dayanti semakin mencurah-curah selepas bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Raul Lemos.

Kris dan Raul telah mengumumkan kepada semua media negara itu yang mereka berdua bakal menimang cahaya mata kedua selepas lahirnya Amora, anak pertama mereka pada September 2011.

“Alhamdulillah, anak kami Amora, sebentar lagi akan punya adik,” kata Raul.

Mereka mengumumkan berita gembira itu ketika menghadiri majlis perkahwinan bekas suami Kris, Anang Hermansyah dengan Asyanti yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Jakarta.

Kandungan Kris sekarang ini sudah pun masuk dua bulan dan dijangkakan melahirkan bayi keduanya pada hujung tahun ini.

Semakin bahagia kehidupan Kris selepas berkahwin dengan Raul. Buktinya, dengan hadirnya Amora dan Kris yang mengandung untuk kali kedua.

Sama-samalah kita doa agar kebahagian Kris dan Raul berkekalan sehingga akhir hayat. Amin

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...