Searching...
Wednesday 2 May 2012
18:15 0

Kekayaan & keberkatan




"Assalamualaikum, Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi.

Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta. Bagi umat Islam, dalam usaha mendapatkan keperluan asas atau kehendak lain, wajib diperoleh dengan cara halal. Kemiskinan bukan alasan untuk menghalalkan perbuatan yang salah.

Seperti selalu dengar dari ceramah seorang ustaz atau nama manja ayah ku, apa guna jika kaya bilik perkakasan mahal, bilik mandi cantik makanan sedap-sedap, tetapi apabila bangun malam hanya untuk kencing, tanpa melakukan sesuatu tanda bersyukur diatas pemberiaan-Nya ( Allah swt ).

Dari kisah nabi, ianya diceritakan oleh Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman , Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?Nabi Ayub mejawab , Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu.

Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Untuk mempastikan bahawa setiap rezeki yang diterima sama ada banyak atau sedikit itu mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t maka kita perlulah meneliti beberapa perkara berikut iaitu :

1. Kita tidak meninggalkan sebarang perintah Allah seperti sembahyang dan mengeluarkan zakat sepanjang tempoh kita mencari rezeki.

2. Kita tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan maksiat seperti menipu, curi tulang, berjudi dan sebagainya semasa kita bekerja.

3. Kita bekerja dengan jujur dan amanah, jauh daripada niat-niat yang serong dan tujuan yang jahat.

4. Kita menjaga lidah dan anggota badan kita daripada menyakiti hati orang lain, sebaliknya sentiasa menolong orang lain bagi tujuan kebajikan.

5. Menanam keyakinan yang kuat bahawa rezeki itu ketentuan Allah s.w.t di mana manusia cuma berusaha dan berserah kepada Allah s.w.t.

Pesanan : Beringatlah kepada yang memberi rasuah atau pun menerima rasuah, jika anda ada anak bini dimanakah wang rasuah anda akan belanjakan? jangan nanti bila anda dah tua berkata, Mak kenapa anak kita jadi lalai or seangkatan, anda menyesal dengan apa yang pernah anda belanjakan pada keluarga anda adalah rezeki yang tidak halal dan tidak diberkati Allah swt.

Sama-samalah kita memperbetulkan apa yang tidak betul dan dilarang dalam agama islam sendiri biarlah orang atas nak makan rasuah. Kita sebagai orang bawah, jika berpegang pada agama islam selamat dunia and akhirat "

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...