Searching...
Monday 7 May 2012
21:23 0

FBI Pantau Google, Facebook, Twitter Menggunakan Kuasa Undang-undang



Pihak FBI di Amerika (Federal Bureau Of Investigation) kini sedang dalam proses permohonan kebenaran sah undang-undang untuk memantau data peribadi milik pengguna internet, pengguna Google, Facebook, Twitter dan pengguna laman web media sosial. Tujuannya, kata FBI untuk tujuan penyiasatan. Entah bila draf undang-undang itu diluluskan tapi sekarang ini Pegawai Tinggi FBI sedang dalam proses perundingan dengan para Senator juga anggota White House. Tidak mustahil, pihak berkuasa di Malaysia juga pasti ikuti langkah FBI.


Mengikut Communications Assistance to Law Enforcement Act (CALEA) digubal pada 1994, syarikat komunikasi mesti meyerahkan data peribadi pengguna apabila di minat oleh pihak berkuasa yang mengemukakan waran untuk ‘menggeledah’ data peribadi milik nama orang yang disyaki melakukan jenayah. Dalam dunia moden hari ini, ‘syarikat komunikasi’ itu merangkumi penyedia perkhidmatan media sosial di internet seperti Google Plus, Facebook dan Twitter.

Jika ini berlaku, kita sebagai pengguna internet tidak akan ada privasi penuh pada data milik kita sebab ada pihak berkuasa memantaunya. Walau dengan alasan digunakan untuk tujuan penyiasatan, namun data peribadi sebegitu boleh disalah guna. Cara terbaik – elak memasukkan kesemua maklumat diri Anda dengan penuh terperinci seperti tarikh lahir, nama penuh, nombor kad pengenalan, tempat tinggal. Sebagaimana kuasa boleh disalah guna melalui rasuah, begitu juga data peribadi. Internet hanyalah medium untuk berkomunikasi, berhubung, mencari maklumat, berhubung. Elak dedahkan semua maklumat diri Anda.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...