Searching...
Saturday 26 May 2012
18:32 0

DAP: Tinjauan buktikan BERSIH benar




Tinjauan terhadap isu pilihan raya yang dikeluarkan semalam menunjukkan "bukti yang menjahamkan" (damning evidence) bahawa kerajaan gagal memastikan pilihan raya bersih dan adil, sekali gus membenarkan perhimpunan BERSIH pada 28 April, kata DAP.

"Daripada data yang dikumpulkan... ia bukti yang melampaui keraguan bahawa 'program transformasi politik' sejak sambutan kemerdekaan tahun lalu gagal menggerakkan rakyat Malaysia.

"Keputusannya juga membenarkan secara menyeluruh tindakan BERSIH turun ke jalan raya setelah dinafikan peluang berhimpun secara aman di Dataran Merdeka bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil untuk semua rakyat Malaysia," kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

Satu kajiselidik yang dibuat baru-baru ini - sehari sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 - menunjukkan majoriti responden mahu daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Menurut Merdeka Centre, 92 peratus daripada 1,019 orang yang ditinjau bulan lalu berkata kerajaan perlu melakukannya sebelum pilihan raya umum.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...