Searching...
Tuesday 22 May 2012
10:38 0

Cinta Terhadap Sebatang Pokok Oak


Kanada – Demi cintanya kepada sebatang pokok oak, seorang jururawat yang telah bersara sanggup melalui perjalanan sejauh 7,000 batu dari Kanada ke England setiap tahun hanya untuk melawat pokok itu.

Val Theroux, 64, telah berulang alik selama lima tahun.

Setiap kali di di Hampshire, dia pasti akan bangun pada awal pagi dan akan pergi ke tempat pokok itu tumbuh, dan menghabiskan masa sendirian di situ.

Semasa lawatan pertamanya, Val ditemani suaminya, John, namun selepas setiap tahun melawat, John enggan lagi mengikutnya dan lebih senang tinggal di rumah.

Dia mula menemui pokok oak itu yang tumbuh di satu kawasan perkelahan pada 2005 ketika melawat anak perempuannya.

“Apabila saya masuk ke hutan itu, saya dapat rasakan seperti berasa di rumah yang tidak pernah saya miliki.

“Sebaik sahaja saya memandang pokok oak itu dan memeluknya, saya dapat merasakan timbul satu ikatan yang tidak dapat dijelaskan.

“Saya rasa semua pokok ada tenaga, seperti manusia. Bagi sesetengah orang mempunyai rakan rapat, begitu juga dengan saya apabila pokok ini adalah kawan saya,’’ katanya.

Val percaya pokok itu mempunyai kebijaksanaan tersendiri kerana ia sudah tumbuh sejak berpuluh tahun.

“Saya datang ke sini semata-mata untuk bertemunya dan jika saya berada selama seminggu di sini, maka saya akan menghabiskan masa berjam-jam dengan pokok ini,’’ katanya.

Val yang telah berkahwin selama 40 tahun itu tidak pernah dihalang oleh suaminya malah selepas bertemu pokok itu, perasaannya kembali menjadi segar dan gembira, seolah-olah baru berjumpa kawan lama.

Menurutnya dia akan mengunjungi pokok itu selagi masih ada hayat.

“Saya sayangkan suami saya, namun saya juga sayangkan pokok ini,’’ katanya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...