Searching...
Wednesday 2 May 2012
19:43 0

Cepat Benar Azmin Ali Menafikan Aktiviti 'Bersih Anu'

SEBENARNYA agak memeranjat apabila kepantasan Azmin Ali menafikan bahawa gambar aksi ghairah seorang lelaki bersama seorang wanita melakukan aktiviti ‘Bersih Anu’ adalah dirinya.

Jarang Azmin akan bertindak melakukan sesuatu penafian dengan begitu pantas.

Bayangkan, hari ini keluar gambar di blog, esoknya seperti biasa diambil media cetak, menjelang tengah hari sudah ada penafian bertulis panjang lebar.

Kalau sebelum ini isu menghina raja semasa Pertabalan Yang Dipertuan Agong, takda pun penafian bertulis dan entah lepas berapa hari baru dengar suara Azmin, itupun bila dihimpit wartawan.

Isu yang lain pun sama jugak. Namun isu ‘Bersihkan Anu’, laju Azmin membuat penafian. Itu bukan gaya Azmin Ali yang hendak melayan benda yang dia rasakan tidak betul.

Mengapa kali ini terlalu pantas? Selama ini macam tak pernah kisah? Apa yang menakutkan Azmin?

Penjelasan Azmin siap dengan nada meraih simpati dari rakyat kerana diri dan keluarganya dimalukan.
Mungkin sekarang Azmin akan terfikir apa rasanya bila dia dalam ceramah duduk menghina Datin Seri Rosmah Mansur dan mengutuk Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia.

Sekurang dalam kes Najib, sekadar kata-kata kosong, dalam kes Azmin ada bukti gambar yang mampu menimbulkan pelbagai persoalan.

Rasanya lepas ni kalau Najib nak mengenakan Azmin boleh, tetapi beliau bukan manusia jenis itu. Beliau takkan sebut hal itu melainkan diasak wartawan untuk memberikan komen.

Dan komen yang diberikan pun pastinya komen umum. Baguslah Azmin buat penafian, walaupun rasanya penafian seumpama itu sahaja belum cukup.

Azmin perlu mengadakan sidang akhbar bagi membolehkan wartawan mengasak soalan tepat ke mukanya. Apa yang digentarkan?

Sekadar penafian atas kertas, sesiapa pun boleh menafikan apa sahaja. Azmin perlu menampakkan penafian yang lebih real lagi supaya semua terdiam.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...