Searching...
Friday 18 May 2012
01:17 0

Celcom Menawarkan Xperia U Pada Harga Serendah RM288



Setelah Sony Mobile Malaysia mengumumkan yang mana Xperia U akan didapati di Malaysia bermula bulan ini, kini Celcom menjadi yang terawal menawarkan peranti tersebut, dimana melalui pakej yang ditawarkan, para pengguna boleh mendapatkan Xperia U pada harga serendah RM288 daripada Celcom.

Melalui Xperia U, ia membawakan Android 2.3 Gingerbread, skrin seluas 3.5-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, kamera belakang 5-megapixel dan juga storan terbina sebanyak 8GB padanya. Setiap pembelian juga didatangkan bersama-sama beberapa aksesori tambahan, termasuk pengecas kereta dan kabel USB bernilai RM59.

Celcom menawarkan beberapa pilihan pakej untuk peranti Xperia U ini, bermula daripada komitmen bulanan serendah RM88 dengan harga peranti setinggi RM668, sehinggalah kepada pakej Celcom Exec 250 dengan komitmen bulanan sebanyak RM250 dengan harga peranti serendah RM288.

Mungkin kelak, kita akan turut sama dapat melihat tawaran pakej dan pelan daripada syarikat telekomunikasi lain, ataupun sebaliknya bagi anda yang ingin mendapatkan perantinya sahaja, boleh mendapatkannya pada harga RM899 tanpa sebarang komitmen bulanan.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...