Searching...
Tuesday 15 May 2012
17:01 0

Apa Dah Jadi - Tuntutan Saiful Apek Ke Atas David Teo Hanya Gimik Murahan ?

HADIR seorang diri tanpa ditemani 50 orang selebriti seperti didakwa, Saiful Apek memulakan sidang media petang tadi dengan mengingati arwah Bob Kuman yang merupakan sahabat rapat beliau dalam bidang seni selama ini.

Memberikan komen tentang tuntutan RM200,000 terhadap David Teo sebelum ini, Saiful Apek akur dengan keputusan mahkamah yang membatalkan tuntutan beliau sebelum ini.

“Tuntutan saya sebelum ini bukan fitnah, ianya nyata tetapi saya akur dengan keputusan mahkamah seperti dinyatakan pihak yang satu lagi (David Teo). Saya orang yang hormatkan perlembagaan,” ujar Saiful Apek.

Dalam sidang media yang sama, Saiful Apek juga meminta pihak media termasuk mereka yang berada di sosial media supaya menghentikan sebarang tulisan berbaur negatif tentang David Teo & isu berkaitan arwah Bob Kuman selepas ini.

“Saya sendiri tidak pernah panggil apa yang berlaku sebagai satu perang terhadap individu atau mana mana syarikat produksi tertentu. Ini hanya isu menuntut hak dan saya akur dengan keputusan yang melalui saluran yang betul,” tambah Saiful Apek. - ROTIKAYA

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...