Searching...
Wednesday 2 May 2012
16:39 0

16 Maut Universiti Nigeria Diserang



Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam serangan tembakan dan bom di sebuah universiti di Kano, bandar utara Nigeria hari ini. Enam lagi berada dalam keadaan serius.

Laporan awal menyebut enam orang terbunuh.

Beberapa lelaki dilaporkan menyerang kampus Universiti Bayero, di mana pengikut agama Kristian mengadakan upacara keagamaan mingguan.

Polis juga dilaporkan sedang memburu lelaki-lelaki yang melakukan serangan.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu, tetapi Kano terkenal dengan kumpulan Islam, Boko Haram, yang pernah menyerang beberapa gereja sebelum ini.

Serangan hari berlaku di salah sebuah dewan kuliah yang digunakan oleh penganut Kristian

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...