Searching...
Monday 9 April 2012
22:45 0

Zed Zaidi Tak Puas Hati Aaron Aziz Menang ABPBH 2011

ZED Zaidi menerusi akaun Twitternya telah melahirkan rasa tidak puas hati di atas kejayaan Aaron Aziz merangkul gelaran Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011 semalam. Luahan tersebut ternyata mampu menimbulkan kontroversi yang sangat hebat kerana Zed Zaidi mengaitkannya dengan kerosakan industri seni Malaysia.


Tiada salahnya pun kalau Aaron Aziz menang. Memang dia dah popular. Lagipun sememangnya keputusan dibuat mengikut undian daripada pembaca Berita Harian sendiri. Dan sememangnya tahun 2011 kepopularitian Aaron Aziz tidak boleh disangkal lagi oleh mana-mana pihak.


Daripada kata-kata Zed Zaidi di atas, kemenangan Aaron Aziz ada kaitan dengan cubaan untuk menjatuhkan industri seni. Dan maklumat mengenai perkara tersebut hanya diketahui oleh mereka yang terlibat di dalam persatuan. Untuk makluman, Zed Zaidi ialah Timbalan Presiden persatuan Seniman.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...