Searching...
Sunday 15 April 2012
11:17 0

United mahu tebus aib


                                                ROONEY (kiri) menjadi taruhan Ferguson pada aksi menentang Villa malam ini.



MANCHESTER – Alex Ferguson yakin Manchester United akan menebus kekalahan 0-1 kepada Wigan Athletic dengan menewaskan Aston Villa pada aksi Liga Perdana England di Old Trafford malam ini.
Impian United untuk memburu gelaran Liga Perdana England buat kali ke-20 sedikit terjejas selepas dikejutkan jaringan tunggal Wigan menerusi Shaun Maloney pada minit ke-50, Rabu lalu.
Kekalahan tersebut memberikan ruang kepada musuh ketat, Manchester City yang menewaskan Norwich City 4-0, Sabtu lalu mengekori rapat kedudukan United.
Begitupun, Ferguson yakin United akan menemui semula rentak kemenangan dengan menewaskan Villa.
“Kami (United) perlu melihat (kekalahan kepada Wigan) dari pelbagai perspektif. Ia merupakan satu perkara yang normal di mana kami sering tercicir mata pada setiap tahun.
“Kami pernah memenangi perlawanan untuk satu tempoh yang panjang tetapi tewas 1-4 kepada Liverpool pada musim lalu. Namun, kami berjaya memenangi gelaran juara liga.
“Kami gagal untuk mendapatkan tiga mata berharga tetapi saya yakin para pemain United memperoleh pengajaran yang berguna daripada kekalahan itu.
“Namun, jika dibanding kedudukan kami pada beberapa bulan lalu dan sekarang, saya sangat berbangga dengan pencapaian barisan pemain United.
“Perlawanan menentang Villa merupakan satu pertemuan yang sangat penting. Kami harus kembali ke landasan sebenar untuk mempertahankan gelaran liga pada musim ini.
“Kami perlu bangkit daripada kekalahan itu dan mencatat kemenangan ke atas Villa,” kata Ferguson. – AFP

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...