Searching...
Sunday 15 April 2012
11:21 0

Redknapp dalam dilema

REDKNAPP yakin Spurs mampu menewaskan Chelsea awal pagi esok.


LONDON – Harry Redknapp dihantui kebimbangan apabila memikirkan persembahan Tottenham Hotspur pada aksi separuh akhir Piala FA dua tahun lalu.
Bagaimanapun, pengurus Spurs itu sudah lama melupakan kekalahan 0-2 kepada Portsmouth, sekali gus memberi tumpuan pada aksi menentang Chelsea di Stadium Wembley awal pagi esok.
Kini, Redknapp berazam untuk membawa pulang semula trofi berprestij itu ke White Hart Lane sejak kali terakhir melakukannya pada tahun 1991.
Dalam masa yang sama, Redknapp berada dalam dilema untuk memilih sama ada menjuarai trofi tersebut atau menamatkan saingan Liga Perdana England di tangga keempat, sekali gus layak ke Liga Juara-Juara musim depan.
“Saya masih ingat lagi bahawa saya terpaksa menelan beberapa pil tidur pada malam kekalahan kepada Portsmouth itu.
“Saya dalam keadaan murung ketika itu dan juga berasa sangat kecewa tetapi semuanya telah berlalu,” kata Redknapp.
Pada musim itu, Spurs berjaya memenangi slot ke Liga Juara-Juara dan mereka mungkin mampu memenangi buat kedua-duanya.
Redknapp berkata: “Ia satu pilihan yang sukar. Pengerusi kelab mahu kami fokus kepada tempat keempat liga tetapi saya mahu kedua-duanya sekali.
“Piala FA sudah tentu sangat penting buat kami. Kalau kami berjaya melakukannya, ia pastinya sesuatu yang menakjubkan.
“Memenangi satu trofi di Tottenham pastinya menjadi satu pencapaian yang hebat,” katanya.
Kini hanya Chelsea yang bakal menjadi penghalang dan Redknapp percaya skuad The Blues memiliki sedikit kelebihan.
“Mereka ada kelebihan kerana pernah memenanginya. Spurs pula hanya memenangi dua trofi sejak Piala FA pada 1991.
“Mereka (Chelsea) sudah memenangi trofi Piala Liga.
“Jadi sudah tiba masa untuk kami memenanginya,” katanya. – Agensi

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...