Searching...
Monday 9 April 2012
01:35 0

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Seri Perak, Aaron Aziz Bintang Paling Popular ABPBH2011

Aaron Aziz dipilih sebagai Bintang Paling Popular
apabila mengungguli hadiah tertinggi pada majlis tersebut
dengan undian sebanyak 87,669 undi. 

GENTING HIGHLANDS: Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mencipta sejarah apabila menerima Anugerah Seri Perak, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) bersempena dengan sambutan kali ke-25 acara itu.

Siti yang sebelum ini pernah merangkul anugerah Bintang Paling Popular sebanyak tujuh kali menewaskan nama besar lain seperti Datuk M Nasir, Datin Sofea Jane, Ziana Zain, Eman Manan, Nabil (Raja Lawak) dan Shahiezy Sam.

Manakala pelakon Aaron Aziz dipilih sebagai Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi pada majlis tersebut dengan undian sebanyak 87,669 undi.

Aaron turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular pada malam itu.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang muzik selama hampir 30 tahun.

Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3, stesen radio Hot FM pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Maya Karin mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Hafiz menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi 3 Suara yang dianggotai oleh Shila Amzah, Jaclyn Victor dan Ning Baizura manakala Penyanyi Wanita Popular dirangkul oleh Yuna buat dua tahun berturut-turut.

Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Fizz Fairuz dan Fasha Sandha.

Hero drama Juvana, Johan As'ari memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala, Tasha Shila meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular.

Pelakon drama dan pengacara, Didie Alias pula merangkul Artis Komedi Wanita Popular, manakala memenangi Artis Komedi Lelaki Popular adalah Johan (Raja Lawak).

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM.

Fara juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular.

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mencipta sejarah apabila berjaya menewaskan Aznil Nawawi dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular yang disandangnya sembilan tahun berturut-turut.

Acara gilang gemilang itu diacarakan oleh empat pengacara iaitu Zizan, Raja Azura, Sharifah Shahira dan Didie Alias.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada artis seperti Black, Amy Search, Siti, Stacy, Anuar Zain dan sebagainya.

ABPBH 2010 ialah edisi ke-25 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar ini dan SMS untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...