Searching...
Saturday 28 April 2012
16:27 0

Saman Doktor Gigi Kerana Tertelan Pemutar Skru Kecil



Kentucky – Seorang wanita warga emas berusia 71 tahun mengemukakan tuntutan saman terhadap seorang doktor gigi kerana secara cuai telah menyebabkan pemutar skru kecil masuk ke dalam perutnya ketika dia menjalani rawatan di klinik gigi itu, tahun lalu.

Lena David mendakwa, akibat kecuaian Dr W.B. Galbreath, dia terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan pemutar skru itu.

Selain itu, dia juga mengalami penderitaan dan kesengsaraan kerana pemutar skru itu berada selama sebulan dalam perutnya sebelum ia dikeluarkan oleh doktor di hospital St. Joseph melalui pembedahan.

Dalam samannya itu, Lena berkata, selepas tertelan pemutar skru itu, dia telah diarahkan oleh doktor terbabit agar memuntahkan semula benda berkenaan.

Selepas gagal, Dr. Galbreath kemudiannya mengarahkan Lena menjalani pemeriksaan x-ray, yang kemudiannya mendapati pemulas skru itu berada dalam perutnya .

Berikutan, Dr. Galbreath mengarahkannya Lena makan makanan mengandungi fiber bagi membolehkan pemutar skru itu dikeluarkan melalui kaedah buang air besar.

Sepatutnya, kata Lena dia dirujuk ke bahagian kecemasan, bukannya mengarahkan dia menjalani pemeriksaan x-ray.

Lena kini menuntut pampasan daripada doktor gigi itu kerana kecuaian doktor terbabit telah menyebabkan dia mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...