Searching...
Saturday 14 April 2012
00:53 0

Pulau Gaya Kota Kinabalu - Dambaan Penghuni 'Hutan Batu'

SEMEMANGNYA percutian yang mendekatkan diri dengan alam rimba dan lautan menjadi dambaan penghuni ‘hutan batu’. Kunjungan ke Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah sesungguhnya menjanjikan pelbagai keseronokan buat tetamunya.


Terdapat 44 buah calet di Gayana Eco Resort (GER), dalam aura lima bintang, kadar harga penginapan berbeza bergantung kepada jenisnya. Untuk ke GER, pengunjung perlu menaiki bot atau feri dari jeti Jesselton Point, Kota Kinabalu.

Sekiranya bernasib baik, sepanjang menaiki bot, pengunjung dapat melihat Gunung Kinabalu yang digelar ‘gunung pemalu’ oleh penduduk tempatan. Gelaran itu diberi kerana gunung setinggi 4,095 meter itu sering diselubungi kabus dan agak sukar dilihat dari jauh.

Kira-kira 200 meter sebelum tiba di pelantar menyambut tetamu, rupa bentuk muka bumi Pulau Gaya yang seperti bulan sabit itu seolah-olah menggamit pengunjung untuk segera mendekatinya.

REKAAN seakan rumah kampung menjadikan percutian ke Pulau Gaya bertambah indah untuk dikenang. 

AIR laut yang jernih hingga menampakkan hidupannya membuatkan GER menjadi idaman pencinta kehidupan pulau. 

REKAAN bangunan yang klasik membuatkan pengunjung berat hati untuk meninggalkan GER. 

LANTAI kaca di Palm Villa direka khas bagi pengunjung yang ingin melihat hidupan marin ketika beristirehat di ruang tamu .

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...