Searching...
Monday 16 April 2012
23:49 0

Polis Perak Bongkar Taktik Kumpulan Lastik



IPOH – Polis Perak membongkar kegiatan curi kereta, pecah rumah dan samun di sekitar Ipoh dan Lembah Klang, menggunakan taktik melastik biji guli ke arah rumah mangsa sebelum memecah masuk, berikutan tertangkapnya tiga lelaki anggota kumpulan ‘lastik’.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata kegiatan suspek dikesan atas maklumat orang awam sehingga membawa kepada penahanan tiga lelaki berumur 30 hingga 40 tahun itu di sebuah bilik hotel di kawasan Ipoh Garden pada pukul 1.10 pagi semalam.

Beliau berkata modus operandi suspek adalah dengan menaiki kereta curi menuju ke kawasan perumahan sebagai sasaran dan mencari rumah yang tiada penghuni.

“Sasaran paling utama untuk mereka (suspek) pecah masuk adalah rumah yang ada kereta mewah dan tiada penghuni di dalamnya. Sekiranya mereka lastik cermin rumah mangsa dan tiada respons, mereka akan mula lakukan kegiatan itu dengan memasuki rumah menggunakan kunci pendua yang telah diubah suai,” katanya kepada pemberita di pejabatnya Isnin.

Beliau berkata kejayaan tangkapan itu juga berikutan laporan terbaru iaitu pada 6 April kira-kira pukul 8.30 pagi yang mana seorang mangsa mendapati dua lelaki berlari keluar dari rumahnya di kawasan Lapangan Siber, Bandar Siber, Simpang Pulai di sini, dengan membawa barang milik mangsa dan melarikannya dengan sebuah kereta jenis BMW. 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...