Searching...
Tuesday 24 April 2012
22:20 0

PlayStation Vita Di Malaysia Pada 9 Mei 2012 – Berharga RM1099

Bagi pengemar permainan, salah satu konsol mudah-alih yang dinantikan adalah PlayStation Vita. Dan melalui blog rasmi PlayStation Asia, kini mereka telah punmengumumkan yang mana Vita akan dilancarkan di Malaysia pada 9 Mei 2012 kelak, dan akan membawakan harga jualan sebanyak RM1099.







Bagi yang tidak tahu, PlayStation Vita adalah kemaskini kepada PlayStation Portable yang popular sebelum ini. Melaluinya, ia membawakan kemudahan untuk memainkan pelbagai permainan menarik dengan mudah, dimana sahaja anda berada. Ia juga didatangkan dengan kamera terbina, serta sokongan WiFi padanya. Sehingga 28 Februari yang lepas, ia dilaporkan telah terjual sebanyak 1.2 juta unit, dan di Malaysia telah pun terdapat beberapa kedai yang menjual set secara tidak rasmi sejak beberapa bulan yang lepas.
Namun, semestinya dengan pelancaran rasmi ini, lebih sokongan akan diberikan, dengan kawalan harga peranti tersebut dengan lebih baik. Bersama-sama dengan pengumuman pelancaran ini juga, Sony turut berkongsi akan beberapa harga aksesori dan permainan yang akan dilancarkan bersama-sama dengannya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...