Dalam forum itu, Aaron Aziz didakwa telah memaparkan namanya sebagai Mat Haron Mustapha bin Mat Aziz Mustapha. Terdapat juga salinan kad pengenalan Republik Singapura milik hero filem tersebut yang menjadi pertanyaan adakah ia palsu ataupun sah.
Bagi mendapatkan kepastian, pihak media telah menghubungi Diyana yang merupakan pengurus dan juga isterinya bagi mendapatkan keterangan lanjut daripada mulut Aaron sendiri mengenai hal ini.
"Saya juga baru mengetahui berkenaan hal ini melalui Twitter dan belum berkesempatan bercerita kepada Aaron kerana dia masih berehat kerana demam.
"Jika anda tidak percaya atau menganggap saya mahu menyembunyikan hal sebenar, anda boleh bertanyakan mana-mana produksi yang pernah Aaron bekerja untuk mendapatkan kepastian nama sebenar Aaron daripada pasport miliknya," jelas Diyana.
Diana juga berkata, kejadian ini adalah sekadar perkara yang mahu diada-adakan dan mungkin ada individu yang kurang senang atau juga tiada kerja selain mengada-adakan berita-berita seperti ini.

0 comments:
Post a Comment