Searching...
Monday 16 April 2012
01:04 0

Letak Patung Di Bumper Ada Kaitan Dengan Roh Orang Mati ?

KORANG pernah ternampak kereta yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta seperti gambar di bawah? Atau anda sendiri turut membuat perkara tersebut? Bagi anda yang turut sama meletakkan anak patung kat bawah bumper kereta tu, boleh kami tahu apa tujuan anda melakukannya?
Bagi yang tidak tahu, kami rungkaikan sedikit mengenai trend meletak anak patung di bumper kereta ni kerana setiap sesuatu perkara yang dilakukan itu pasti bersebab sama ada secara suka-suka tanpa sebarang tujuan atau ianya ada agenda tertentu. Tanpa membuang masa, mari baca catatan ini.
Meletakkan anak patung di bumper kereta adalah budaya orang Thailand dan entah macam mana ia boleh menular masuk ke Malaysia ni. Kenapa mereka melakukannya? Mereka percaya bahawa roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Bagi mengelak roh orang yang mati itu menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, mereka pun meletakkan anak patung pada bumper kereta supaya roh kanak-kanak tu gembira.

Macam pelik dan sukar untuk dipercayai je bunyinya kan? Tapi itu tidak mustahil. Sebuah blog pelancongan Thailand (thailandguru.com) ada menulis mengenai perkara ini dimana ianya menyebut trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai. Kisahnya, jika pemandu teksi terlanggar seseorang secara tidak sengaja dan mati, mereka akan meletakkan anak patung pada bumper kereta mereka supaya roh orang mati yang mereka langgar itu tidak menganggu kereta mereka.

Itulah sedikit sebanyak tujuan mengapa ada sesetengah orang meletakkan anak patung pada bumper kereta mereka. Tapi tidak dinafikan, ada juga yang terikut-ikut tanpa mengetahui tujuan asalnya, saja buat suka-suka sebab nampak cool letak anak patung kat bumper kereta. Tapi cool ke? Nampak pelik adalah! Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...