Searching...
Friday 13 April 2012
00:26 0

Kes Baru HFMD Menurun Di Sarawak



KUCHING – Sarawak mengalami penurunan mendadak penyakit baru tangan, kaki dan mulut (HFMD) hari ini apabila hanya 28 kes dilaporkan berbanding 67 kes semalam.

Tiada satupun bahagian di negeri ini merekodkan angka dua digit bagi kes baru HFMD dengan rekod tertinggi iaitu enam kes masing-masing dilaporkan di Samarahan dan Sarikei, diiikuti Bintulu dan Kuching (masing-masing empat), Limbang (tiga), Kapit, Sri Aman, Betong, Sibu dan Mukah (masing-masing satu).

Pengarah Kesihatan negeri Dr Zulkifli Jantan dalam kenyataan di sini hari ini berkata jumlah kes terkumpul setakat ini 4,622 kes dengan 1,704 kes dilaporkan di Kuching, Bintulu (543), Samarahan (517), Miri (347), Limbang (310), Sarikei (266), Betong (237), Sri Aman (206), Sibu (186), Mukah (154) dan Kapit (152).

Beliau berkata Sri Aman, Sarikei dan Sibu masing-masing melaporkan satu kemasukan kes baru ke wad hari ini menjadikan jumlah kes yang dimasukkan ke hospital setakat ini 361.

Bagaimanapun tiada satu pun kes berkenaan dikategorikan sebagai serius.

Lapan pusat asuhan dan pendidikan prasekolah di seluruh negeri itu telah ditutup buat sementara waktu berikutan usaha bersepadu Jabatan Kesihatan untuk mengekang wabak itu, katanya. 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...