Searching...
Friday 13 April 2012
00:29 0

Nelayan Tak Turun Ke Laut Bimbang Tsunami



ALOR SETAR — Keadaan jeti Seberang Kota dan Tandop di sini hari ini lengang kerana ramai nelayan tidak turun ke laut berikutan gempa bumi yang melanda Aceh semalam.

Seorang nelayan di jeti Seberang Kota, Mohd. Azhar Ahmad, 27, berkata, beliau tidak turun ke laut semalam kerana bimbang berlakunya kejadian tsunami tetapi kembali menangkap ikan hari ini kerana terpaksa bagi mendapatkan sumber pendapatan.

Katanya, sepanjang empat jam menangkap ikan hari ini, keadaan laut tenang dan tidak bergelora tetapi tidak ramai nelayan yang turun ke laut.

“Namun hasil tangkapan tidak begitu banyak. Saya hanya mendapat ikan kembung kira-kira 15 kilogram sahaja.

“Sepanjang saya berada di laut pagi tadi, kira-kira 10 bot nelayan sahaja yang keluar. Mungkin yang lain masih risau,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Romalah Hanapiah, 54, yang berniaga ikan di Tandop Kubang Rotan berkata, bekalan ikan untuk hari ini sangat sedikit iaitu 10 kg berbanding 200kg hingga 300kg pada hari-hari biasa.

Penyelia jeti Seberang Kota, Ahmad Hashim, 63, berkata, selalunya jeti itu dibuka sehingga pukul 1 tengah hari tetapi hari ini banyak gerai ikan tutup awal kerana hasil tangkapan tidak banyak.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...