Searching...
Wednesday 4 April 2012
01:02 0

Jangan Terlebih Makan




PERNAHKAH anda merasai berat badan anda tiba-tiba meningkat tetapi anda tidak pasti apa puncanya? Mungkin juga berat badan anda bertambah walaupun anda seorang rajin bekerja dan sentiasa bersenam. Jika ini berlaku, anda mungkin perlu mengambil berat soal pemakanan anda.

Kebanyakan lelaki kadangkala mengambil makanan dalam jumlah yang lebih berbanding keperluan badannya tanpa disedari. Selain itu, masalah terlebih makan ini kadang kala sukar ditentukan kerana kita sering kali mengambil makanan dalam pelbagai jenis aktiviti seperti mengunyah popcom sewaktu menonton televisyen, menolong ibu memotong roti atau menggoreng ayam di dapur dan lain-lain.

Untuk menentukan sama ada anda mengalami masalah terlebih makan atau tidak, anda perlu melihat kekerapan anda makan dan jenis makanan yang diambil dalam sehari. Ini bertujuan untuk melihat sama ada adakah anda mengambil sesuatu makanan itu secara kerap dan yang paling penting, adakah anda telah mengalami masalah terlebih makan ini.

Jika anda menyedari anda telah mengalami masa terlebih makan ini, anda seharusnya mengenal pasti apakah puncanya anda mengambil makanan dengan berlebihan dan akhirnya, cuba kurangkan mengambil makanan di luar waktu makan.

Apakah itu ‘terlebih makan’?

Terdapat beberapa punca mengapa lelaki mengalami masalah terlebih makan ini. Untuk memahami dengan lebih mendalam, anda seharusnya menyedari perubahan-perubahan yang berlaku terutamanya yang menjurus kepada pengambilan makanan secara tidak sihat ini.

1. Kebosanan

Anda mungkin terlebih makan kerana merasakan diri anda terlalu bosan. Duduk di rumah sambil

menonton televisyen pasti tidak akan lengkap jika tidak mengunyah sesuatu. Contoh, kerepek kentang, pisang atau kacang.

2.Tekanan

Masalah stress boleh mendorong seseorang untuk mengambil makanan yang lebih. Tabiat ini mungkin boleh digolong sebagai masalah psikologi. Dengan makan tanpa henti, seseorang yang mengalami tekanan akan merasakan dapat melupakan masalah yang dihadapi walaupun jumlah makanan yang diambil itu melebihi daripada yang sepatutnya.

3. Budaya/norma

Sesetengah budaya atau norma menggalakkan atau mendorong seseorang lelaki makan dengan banyak. Contohnya, bagi mereka yang hidup berpoligami. Jika setiap isteri akan memasak resipi yang terbaik dengan tujuan menambat hati suamj, pastinya mereka akan mengharapkan agar suami mereka makan dengan lebih. Jika ia berlaku setiap hari, cuba anda bayangkan! Selain itu, di Amerika Utara pula, budaya masyarakat di sana menggalakkan pengambilan snek-snek tertentu sebelum atau selepas makan. Kebanyakan snek yang diambil biasanya mengandungi kandungan garam dan lemak yang tinggi yang boleh menyumbang kepada penambahan berat badan tanpa disedari.

4. Membantu wanita di dapur

Kebanyakan lelaki kerap kali akan terdorong untuk membantu ibu, isteri, adik perempuan memasak di dapur. Lelaki akan lebih memainkan fungsi sebagai orang kedua dalam dapur dengan melakukan kerja seperti mencedok nasi dan lauk, memotong buah atau membancuh air. Tidak dinafikan, sekali-sekala pastinya terlepas ke dalam mulut walaupun sebelum dihidang di atas meja. Jika selalu begitu, tidak hairanlah lelaki akan menjadi lebih gemuk berbanding wanita.










0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...