Searching...
Sunday 22 April 2012
12:53 0

Ice Blended Paling Best di Kuala Lumpur


Jika anda tercari-cari tempat lepak sambil minum ice-blended yang berbaloi-baloi dengan RM anda di sini aku nak share satu tempat. Kalau korang fikir Starbuck atau Coffee Bean, then ini lagi best. Namanya Restoran Nurin (mamak) terletak di Jalan Bayam belakang Carefoure Jalan Peel). Inilah rupa Ice-Blended dari restoran tersebut:


Best kan?? Sampai je kat restoran tu terus minta menu Ice Blended. Ada banyak pilihan, macam yang kat atas tu ialah perisa Cappuchino. Cubalah korang rasa, manis dan pahit dia memang sempurna. Paling Best tang harganya, RM3.50 ajerrr. Banyak sampai boleh kongsi 2 orang. Jimat berbelas ringgit berbanding di Starbuck.

Kalau lapar kat sini juga ada makanan yang berpatutan. Paling femes adalah nasi kandar dengan ayam goreng rempahnya. Beratur orang beb. Harganya pun murah, hanya RM2.50 seketul (mungkin dah naik harga pada masa korang membaca artikel ni). Selain tu Roti NAN dia yang lembut lagi gebu jugak antara yang femes di Restoran Nurin.

Kepada yang lebih gemar masakan Melayu, jangan risau, di sini ada hidangan Melayu dan sedap pulak tu! Cubalah Nasi Goreng Kampung (RM3.50), Tom Yam Putih (RM4.50) dan Kuew Tiow Kung Fu (RM4.50).

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...